Sunday, May 16, 2010

Buku Buku baru buat bulan Mei 2010

Alhamdulilah kami di Manzil Mustafa mempunyai beberapa buku buku baru. Dan inshallah akan datang lelaman web kami. Jadi anda boleh membeli buku-buku kami di internet. Di bawah ini adalah senarai buku-buku baru kami.

1)Mana Dalilnya vol. 1 dan vol. 2
2)Keindahan Budi Nabi
3) Kado Buat Sang Dai
4)Bagaimanakah Anda Menunaikan Sholat dengan Benar
5)Fiqh & Tasawuf Wanita Muslimah
6)Bidadari Bumi-9 Kisah Wanita Soleha
7)Jejak Langkah 9 Masyaikh Sidogiri
8)Nurul Musthofa Jilid 1-3
9)Tarekat Shatariyah di Minangkabau
10)Tokoh Wahdatul Wujud
11)Tasawuf Nusantara

Dan lain lain lagi hanya di Manzil Mustafa Kiosk Buku dan Cd Islami

Thursday, March 18, 2010

Buku Buku Baru 2010

Alhamdulilah sudah 4 bulan kami di Manzil Mustafa buka pintu Kiosk kami. Dan sekarang dengan Rahmat Allah koleksi buku buku kami pun sudah bertambah. Datang lah ke Kiosk kami. Dan kalau kamu mempunyai kitab yang dicari tapi kami tidak ada kami akan cuba mencarinya. Datanglah ke lelaman FaceBook. Cari saja Manzil Mustafa dan jadilah teman kami di FB. Selamat membaca. Berilmu dan Beramal sentiasa. Team Manzil Mustafa

1) Tiga Guru Sufi Tanah Jawa (sejarah hidup Shaykh Romli, Shaykh Muslih dan Shaykh Abuya Dimyathi
2) Tariqat Shattariyah di Minangkabau
3)Tokoh tokoh Wahdatul Wujud
4)Istana Hati Habib oleh Umar bin Hafiz
5)Mengappai Redha Allah oleh Habib Umar bin Hafiz

Dan lain lain lagi... mempunyai soalan e-mail kami di manzilmustafa@gmail.com

Wednesday, January 13, 2010

Sketsa penjual buku:Suria dan Istanbul. Adakah bak pinang dibelah dua?

Sudah agak lama penjual buku ini menulis sketsa. Maklumlah, anak sulung penjual buku ini baharu saja tumbuh gigi pertama. Oooh MashaAllah, Allah saja tahu meradang dia bagai mana. Kasihan.

Kiosk kecil penjual buku ini menarik perhatian berbagai-bagai orang, tidak kiralah orang Islam ataupun tidak. Untuk meraih barakah, sengaja saya meletakkan beberapa gambar berbarakah dari Syria.

Ulang-alik si penjual batu berjalan lalu kedai saya. Senyap pula hari ini. Kedai batu-batan depan saya belum buka. Tukang gunting rambut pula sibuk dengan majlis pernikahan saudaranya.

Tiba-tiba teman-teman saya sampai ke kedai setelah selesai solat Jumaat.

"Oh MashaAllah! Buku Habib Lutfi! Saya mesti beli ni!" kata seorang.

"Ni lah buku karya Habib Hassan Al-Bahr! (beliau merujuk kepada Shalat Para Wali)," kata seorang lagi.

"Assalamu'alaikum," saya katakan kepada mereka. Mereka ini semua teman baik suami saya dan justeru, saya juga. "Apa khabar? Ada foto-foto baru yang saya letak seperti ini."

"Inilah Souk Hamadiyyah. Saya belum pernah ke sana tapi 'feeling-feeling' kedai ini di sana. Buat kenangan." Kami semua tertawa. "Ini pula maqam Sayydatina Ruqayyah, anakanda Rasulullah s.a.w."

MashaAllah! MashaAllah! Mereka kagum dengan foto itu. Seorang dari mereka tertawa, "Tapi ini sudah jadi macam tempat Shiah tapi alhamduliillah tak kiralah, Syiah ke Sunni, ini Ahlul Bait! Lagi anakanda Rasulullah s.a.w."

Kami semua tersenyum melihat maqam sambil mendoakan agar dapat peluang menziarahinya, lalu mengaminkan doa-doa tersebut. Saya teruskan dengan menunjukkan sekeping lagi foto, "Inilah maqam Salahuddin Al-Ayubi."

"Eyub Sultan?"

"Laa. Ini Salahuddin Al-Ayubi, seorang perwira Islam diangkatkan wira nasional Syria. Ingat tak filem Kingdom of Heaven?"

"Oh Yes! MashaAllah MashaAllah!"

"Eyub Sultan itu adalah maqam Ayub Al-Ansari, para sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau dimakamkan di Eyub Camii (Masjid) di Eminonu, Istanbul, Turki."

Baru semalam saya beritahu suami inshaAllah kalau ada rezki, kita bersama menziarahi Eyub Sultan. Baru kami ketahui juga di sinilah tempatnya maqam Sheykh Abdul Qadir Isa, seorang murshid dari tariqah Shadhuli Darqawi Hashimi, langsung penulis buku terkemuka Haqaiq 3An Tasawwuf.

Amin Ya Rabb.

Wednesday, January 6, 2010

Stock Ter-baru untuk 2010

Stock baru 2010
Inilah Jalanku - Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki
Mutiara Ahlul Bait Dari tanah haram -Biography Sayyid Muhammad Alawi dan pengajjaran.
Bahagia Dunia Akhirat - Husein Anis Alhabsyi
Rahsia Menyungkap Makrifat Allah - Syekh Nuruddin Raniri
Menyungkap Tabir Rahsia Spiritual Shaykh Abdul Muhyi - Dr M Wildan
Miste...ri Umur Manusia - Imam Abdullah Alawi Alhaddad
Menyingkap Rahsia Hati - Sheikh Abu Bakar Bin Salim
Kepergian Sang Rasul - Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri
Metode bertemu Nabi - Shaykh Yusuf Nabhani
Mana Dalilnya jilid 2- Novel Alaydrus
Tanya jawab sufistik - Imam Abdullah Al Haddad
Wasiat Mustafa (Saw) kepada Sayidina Ali -Imam Syarani
Misteri Kun - Ibn Arabi
Zikir Dan doa yang dijarkan Rasullah kepada Sayidina Ali
Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah
Membaca Misteri Nabi Khidir - Mohamed sanusi
Nikmatnya Solat - Amiruddin syah
Sufi lembah Suci - amiruddin syah
Sepintas Sastra Sufi - Dr.M Fudoli Zaini

Wednesday, December 23, 2009

Pilihan Manzil Mustafa : Bidayahtul Hidayah Imam Ghazali


Sekilas tentang Kitab Maraqil Ubudiyah : Kitab ini merupakan kumpulan dari perkataan para ulama' yang mulia. Pengarang kitab Bidayahtul Hidayah adalah Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.
Dipesan oleh Imam Nawawi Al-Jawi,
Jika niat dan tujuan seorang penutut ilmu hanya untuk dapatkan hidayah dari Allah, atau untuk menghilang kebodohan diri atau menghidupkan dan mengekalkan agama Islam serta mencapai akhirat dan menperoleh keridhaan Allah di samping mensyukuri dan menukil dari Ulama' maka gembiralah, kerana para malaikat redha dengan apa yang engkau tuntut dan mereka akan membentangkan sayap sayap sebagai hamparan bagi para penuntut ilmu.
Bidayahtul Hidayah itu permulaan petunjuk bagi mereka yang kehausan ilmu. Sebagai pelajar, sepatutnya pelajari adab perihal yang luhur, kemashalatan nafsu dan adab pergaulan. Buku ini syarahnya tentang adab untuk orang enggan tergelincir. Menjadi sufi itu mentaati adab yang elok. Sesiapa yang lebih beradab darimu, lebih maju dalam menjadi sufi.
Dikumpulkan di buku ini, di antaranya adab keluar dan memasuki masjid, adab persiapan untuk solat, adab-adab solat, adab-adab puasa dan pembicaraan hingga kedurhakaan hati. Bahkan boleh dikatakan, risalah ini cukup untuk awrad/amalan seharian.- pihak Manzil Mustafa


Monday, December 21, 2009

Stock baru

1) Duhai Anakku -Imam Ghazali
2) Kisah dan Hikamh - Habib Muhammad bin Hadi Assegaf
3)Al-Hikam sharah oleh Abdullah Asy-Syaqowi
4) Riwayat hidup Habib Abdullah bin Muhsin Al Attas
5) Mutiara Hikmah Habib Abdullah bin Muhsin Al Atas
6) Misteri Berkah -Novel bin Muhammad Alaydrus
7) Terjemah Maroqil Ubu...diyah, syarah Bidayah al Hidayah Imam Al Ghazali -Imam Nawawi Jawi
8) Burdah Imam Al Bushiri sharah dan terjemahan
9) secangkir Hikmah - Abdul Qadir Mauladdawilah
10) Al Qirtas Sharah Ratib Al Atas - Habib Ali bin Hassan Al Attas
11)Suka cita mukmin di alam barzakh- Imam Suyuthi
12)Doa Fajar
13)Bekal pengembara spiritual - Imam Abdullah Al Haddad
14) Terjemah Risalatul Muawwanah -Imam Abdullah Al Haddad
15) Nasehat Agama Dan Wasiat Imam -Imam Abdullah Al Haddad
16) Jalan Selamat Dari Api Neraka- Syeikh Rohimuddin
17)Haqaiq Tasawuf - Shaykh Abdul Qadir Isa.

Tuesday, December 15, 2009

Sketsa (Adventures) Seorang Penjual Buku


Sudah dua minggu kedai buku Manzil Mustafa buka. Berbagai ragam pelanggan telah saya temui. Antaranya, dua abang-abang rok yang berpakaian "Black Sabbath" dan "Whitesnake" dengan rambut tak ikal mayang mereka (hehehe) telah kunjungi kedai. Dengan penuh khushu', mereka renungi poster para habaib di belakang kaunter saya.

"Boleh saya bantu?" saya katakan, "Ini gambar para ulama' dari Hadramaut, Yaman."

"Ulama' tu apa? Wali ke?"

Saya senyum dan mengangguk sahaja. Salah seorang dari abang-abang rok itu mengambil senaskah buku berjudul Tiga Serangkai. 

"Ni Habib Ali Kwitang, kan?"

Saya mengangguk sambil tersenyum di hati kerana terkenangkan jasa dan kemasyhuran Habib Ali. Tidak mengapalah perkataan ulama' itu tidak difahami, tapi mereka dapat mengecam para wali Allah. Alhamdulillah.

Fikiran saya merenung jauh kepada foto-foto hitam putih di Masjid Ba-Alawi Singapura. Sesungguhnya Habib Ali Kwitang itu pernah mengisytiharkan dan berdoa untuk keselamatan pembangunan Masjid Ba-Alawi itu. Tersergam indah Habib Ali serta Habib Muhammad bin Salim Al Attas, yang saya lebih kenali sebagai Habib Seranggung pada zaman nenekanda menghinap di Bedok laut dahulu. 

MashaaAllah! Penuh barakah foto itu. Saya hanya dapat bayangkan keghairahan umat Islam pada majlis pembukaan Masjid Ba-Alawi yang penuh historis.