Friday, December 4, 2009

Kupas Tuntas Ibadah-Ibadah Diperselisihkan oleh Sheykh Ali Jumah

Buku ini merupakan risalah kecil ulama besar, Sheykh Ali Jum'ah. Sebagai Mufti Mesir, beliau berusaha meluruskan berbagai pemahaman kaum muslimin dewasa ini. Risalah ini memuat pembahasan yang mengupas secara tunas 32 persoalan dalam ibadah dan amalan sehari-hari, di antaranya

  • 'taswid' kepada Rasulullah s.a.w. di dalam dan di luar solat
  • berziarah ke maqam Nabi s.a.w. dan orang-orang salih
  • berzikir dengan nada keras dan berjemaah
  • mengulurkan pakaian (isbal)
  • berzikir dengan menggunakan tasbih
  • membaca qunut pada solat subuh
  • berjabatan tangan setelah selesai solat
  • membaca al-Quran dan wirid dalam majlis ta'ziah
  • hukum memakai niqab
Buku ini kini didapati di Kiosk Manzil Mustafa. 

Selamat Datang ke Manzil Mustafa


Kami ingin memaklumkan Kiosk Manzil Mustafa dibuka setiap Isnin hingga Sabtu jam 11 - 7 mlm  dan 11 - 4 ptg hari Ahad di alamat #02-29, Golden Landmark, Victoria Street. Harap sudi singgah! Terima Kasih :)

Pasport Rasulullah s.a.w.


Tahukah anda bahawa Rasulullah s.a.w. itu ada identitas pasportnya tersendiri?

Itulah antara bahan yang unik dalam buku ini. Selain daripada itu, buku ini menerangkan identitas dan sejarah ringkas Rasulullah s.a.w. berserta isteri-isteri Baginda dan anak-anaknya.
Ianya berbeza dari buku sirah lain kerana nombor identitas Rasulullah lengkap dengan foto-foto bersejarah. Semoga dengan buku ini kita dapat faedah dan pengetahuan tentang Rasulullah s.a.w. yang tercita.

Kini boleh didapati di Kiosk Manzil Mustafa. 

Best Seller: Thariqah 'Alawiyyah (Al-Manhaj As-Sawiy, Syarah Usul Tariqah As-Sa'adah Al-Ba'alawi)


Dikarang oleh Al-'Allamah Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith, naskah ini menerangkan kepentingan mencari ilmu dan beramal supaya menjadi seorang hamba yang bertaqwa. 


Antara hujah-hujah yang ditulis, Habib Zain menekankan kepentingan mendidik keluarga.
"Jagalah diri dan keluarga kalian dari siksa neraka" Al Quran, Surah At-Tahrim ayat 6

Begitulah ayat Quran yang disyarahnya Habib Zain supaya para Muslimin menitik beratkan kekuatan keluarga. Disambungnya pula dengan serangkap qasidah yang penuh dengan hikmah 

"Dalam ilmu cahaya penjaganya
Dan mengalir kepada yang lain, jin dan manusia
Belajar di waktu kecil bak mengukir di atas batu
Kukuh dan menetap di hati selalu

Hati anak bagai batu tulis yang bersih
Yang pertama dijumpa nampak nyata
Maka selama jernih hatinya
Tanamkan yang membawa ke syurga

Jika tidak, tentera nafsu kan menguasai
Dan akan menduduki tempatnya
Setelah itu akan sulit mengusirnya
Dan akan panjang penderitaannya.

Jika membiarkan anak dengan hawa nafsunya
Dikala masih kecil oleh kedua orang tua
Tak lama pasti mereka kan lihat
Kedurhakaan dan sesuatu yang tidak mereka suka

- Imam Thahir bin Hussain bin Thahir

Sesungguhnya keluarga yang beriman itulah yang mencapai kebahgiaan dan keridhaan Allah. Amin.

Kini didapati di Manzil Mustafa. 


Fiqih dan Tassawuf Wanita (At Tazkiratul Hadramiyyah fina yajibu 'alan Nisa` minal umurid diniyyah)


"Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, mereka tidak merasa malu untuk belajar agama." Sayyidatina Aishah r.a.

Begitulah antara hujah yang ditulis dalam buku ini karangan ayahanda Habib Umar bin Hafiz, iaitu Al-Habib As-Sayyid Muhammad bin Salim bin Hafiz.

Buku in merupakan wacana pembuka bagi wanita muslimah tentang ibadah fardh Allah wajibkan atas mereka. Termasuklah cara-cara beradab dengan ahli keluarga, cara mendidik anak, cara bergaul sesama wanita, cara mengatur kehidupan seharian. Malah, segala yang perlu untuk menjadi wanita atau isteri maupun ibu salihah, inshaa Allah.

Buku ini boleh didapati di Kiosk Manzil Mustafa. 

Sunday, November 29, 2009

Kiosk Ilmu Islami Telah buku, Alhamdulilah

Asalamualaikum,
Alhamdulilah, kami telah pun buka toko kami yang pertama di Golden Landmark Victoria Street #02-29. Waktu buka kami adalah dari 11 pagi hingga 7 Malam Isnin -Sabtu dan 11 pagi hingga 4 petang Ahad. Inshallah ada lebih koleksi di toko. Harap sudi singgah.

http://www.facebook.com/#/pages/Manzil-Mustafa-Kiosk-Buku-CD-Islami/191288565123?ref=ts

kami juga ada di FaceBook

Thursday, November 5, 2009

Dalailul Khairat (Indonesia Print)


Tajuk/ Title: Dalailul Khairat (Indonesian Print)

Penulis / Author : Imam Jazuli

Harga / Price: SGD 6.00

To order please e-mail manzilmustafa@gmail.com