Wednesday, December 23, 2009

Pilihan Manzil Mustafa : Bidayahtul Hidayah Imam Ghazali


Sekilas tentang Kitab Maraqil Ubudiyah : Kitab ini merupakan kumpulan dari perkataan para ulama' yang mulia. Pengarang kitab Bidayahtul Hidayah adalah Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.
Dipesan oleh Imam Nawawi Al-Jawi,
Jika niat dan tujuan seorang penutut ilmu hanya untuk dapatkan hidayah dari Allah, atau untuk menghilang kebodohan diri atau menghidupkan dan mengekalkan agama Islam serta mencapai akhirat dan menperoleh keridhaan Allah di samping mensyukuri dan menukil dari Ulama' maka gembiralah, kerana para malaikat redha dengan apa yang engkau tuntut dan mereka akan membentangkan sayap sayap sebagai hamparan bagi para penuntut ilmu.
Bidayahtul Hidayah itu permulaan petunjuk bagi mereka yang kehausan ilmu. Sebagai pelajar, sepatutnya pelajari adab perihal yang luhur, kemashalatan nafsu dan adab pergaulan. Buku ini syarahnya tentang adab untuk orang enggan tergelincir. Menjadi sufi itu mentaati adab yang elok. Sesiapa yang lebih beradab darimu, lebih maju dalam menjadi sufi.
Dikumpulkan di buku ini, di antaranya adab keluar dan memasuki masjid, adab persiapan untuk solat, adab-adab solat, adab-adab puasa dan pembicaraan hingga kedurhakaan hati. Bahkan boleh dikatakan, risalah ini cukup untuk awrad/amalan seharian.- pihak Manzil Mustafa